Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Keluarga C

Kali ini, Dell berasa gembira dengan perkembangan Fatin. Fatin sudah ingin membina ayat. Bukan mudah nak meminta si Fatin ini untuk membina ayat. Puas dipujuk. 

Dell membenarkan Fatin menonton video kartun yang diminatinya setiap kali selepas selesai menulis latihan atau Dell membuka lagu kegemarannya melalui ipad Dell ketika dia membuat latihan. Jika dia tak buat latihan, Dell simpan ipad tu. Oleh itu dia akan kata, 'Saya janji, lepas tengok saya buat latihan.' Memang betul dia buat latihan.

"Teacher, Fatin nak berhenti belajar dari Kumon la."

"Eh, mengapa pula? Kan Fatini belajar di sana dengan kawan-kawan?"

"Memang ada kawan tapi Fatin tak faham... Ada kawan Fatin dah berhenti Kumon sebab tak faham. Kawan lain pun kata nak berhenti juga."

"Nanti Fatin nak belajar Matematik dengan siapa pula kalau Fatin berhenti Kumon?"

Dia diam je.

Dalam hati, pelik budak ini. Dulu dia tak nak belajar dengan Dell atas alasan bosan belajar sorang-sorang. Dia selalu bandingkan dengan tempat tuisyen yang ramai kawan. Selalu juga dia memberontak.

Cuma Dell perasan sejak dua menjak ini, dia jadi semakin ikut kata dan buat latihan yang Dell berikan (terutama selepas kes Dell merajuk). Huhu. Sekarang ini setiap kali Dell datang dia akan sambut dengan mesra dan ceria. Alhamdulillah...
"Mengapa sejak kebelakangan ni awak macam dingin je? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena", tanya Mira kepada Zul.

Zul hanya mendiamkan diri sambil menyuap makanan yang bersisa dipinggannya. Geram sungguh Mira dengan sikapnya itu. Mira perasan sejak kebelakangan ini, Zul seolah-olah tidak mahu bercakap dengannya walaupun Zul masih ingin bertemu dengannya. Perwatakkannya turut berbeza, tak seperti dahulu yang banyak bergurau dan sentiasa menghubunginya.

Selepas pulang dari restoren, baru sahaja Mira ingin merehatkan diri di atas peraduannya... Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Mata Mira terpaku dengan isi kandungan sms itu.

'Saya betul-betul sedih dengan sikap awak sebab awak mengata saya dibelakang. Kalau awak tak suka saya, cakap sahajalah terus-terang depan saya.'

Mira sungguh terperanjat membaca mesej tersebut daripada Zul. Mira benar-benar tidak tahu apa yang dia mengata tentang si Zul ni. Siapa yang menjadi dalangnya? Yang Mira tahu sejak dia bekerjasama di dalam satu projek ni, ada sesuatu yang tidak kena. Projek itu melibatkan dia, Zul dan beberapa orang yang rapat dengan Zul. Tetapi dia tidak faham akan firasat itu. 

Orang-orang yang rapat dengan Zul selalu kutuk Zul didepannya malah pernah mengatakan bahawa ingin mempergunakan untuk kepentingan peribadi. Maklumlah ianya melibatkan keuntungan kewangan. Mira diamkan sahaja. Mira terperanjat dengan apa yang didengarinya tetapi tidak pernah menyampaikannya kepada Zul kerana tidak mahu lelaki yang disayanginya itu kecil hati dengan kawan-kawan rapatnya yang dianggap seperti adik-beradiknya sendiri. Malah, kawan-kawan rapat Zul tidak tahu sejauh mana rapatnya hubungan Mira dengan Zul kerana perkenalan mereka sangat singkat.

'Apa yang saya mengata awak, Zul? Setahu saya, saya tak pernah buat macam tu.'

Balasan mesej daripada Zul selepas itu membuatkan Mira terasa amat sedih kerana apa yang diperkatakan oleh Zul itu merupakan kutukan kawan-kawan rapatnya sendiri di depan Mira. 

Tanpa disedari, air mata Mira jatuh satu persatu kerana dirinya difitnah sebegitu rupa. Mira cuba mempertahankan dirinya tetapi dia tahu Zul lebih percayakan kata-kata kawannya yang lebih sepuluh tahun bersama berbanding dirinya yang hanya dikenali selama enam bulan.

Mira pun mengundurkan diri secara drastik daripada projek tersebut kerana dia tahu, akan timbul masalah lain pula nanti. Puas juga Mira cuba memulihkan hubungannya dengan Zul tetapi sia-sia. Zul berterusan dingin dengannya.

Dalam diam, Mira membuat keputusan untuk pergi jauh dari kelompok mereka tu. Mira berhenti kerja secara mengejut. Ramai di antara mereka terperanjat dengan keputusan Mira yang drastik itu.

Dua bulan berlalu, Zul cuba menghubungi Mira tetapi Mira tidak pernah membalas penggilannya mahupun mesejnya. Zul tidak putus asa, setiap sebulan atau dua bulan sekali dia akan meninggalkan mesej di telefon Mira sama ada ucapan maaf atau tanya khabar.

Setahun kemudian, barulah Mira membalas mesej tersebut tetapi dengan perasaan dingin. Hatinya telah tawar. Mira hanya akan membalas satu daripada beberapa mesej yang dihantar. 

Zul tidak berputus asa tetapi tidak mendesak kerana takut akan terus kehilangan Mira. Pada Zul hatinya sudah cukup bahagia kerana kini Mira sudah mahu membalas mesejnya walaupun Zul tahu Mira masih tidak mahu bercakap dengannya. Malah, dia juga tidak tahu di mana Mira tinggal sekarang ni. Zul berasa lega kerana Mira tidak menukar nombor telefon bimbitnya.

Kadang-kala, Mira merasa geram juga apabila mendapat mesej daripada Zul yang selalu mengatakan dia asyik teringat akan dirinya apabila berada di tempat-tempat yang mereka selalu bersama dahulu. Pada Mira, buat apa dikenang perkara yang lepas?

Diam tak diam, sebulan lagi genaplah dua tahun mereka tidak bertemu. Sengaja Mira mengingatkan bahawa sudah hampir dua tahun mereka tidak bertemu. 

Serta-merta Zul menyatakan bahawa dia ingin bertemu dengan Mira selepas tarikh pilihanraya. Mira hanya mendiamkan diri.

Dua minggu kemudian, Zul mesej lagi mengajak Mira untuk bertemu.

'Maaf. Saya belum bersedia.' balas Mira.

'Baiklah, saya akan tunggu sehingga Mira bersedia.' balas Zul sedikit hampa dengan jawapan Mira. 

Sebulan berlalu, Mira menerima mesej berbunyi, 'Mira, sudahkah awak bersedia?'

Mira hanya tersenyum dan membalas, 'Boleh tak awak tunggu sehingga saya habis pengajian saya dahulu?'

Setengah jam kemudian, Mira menerima mesej berbunyi, 'Baiklah, saya setia menanti. Selepas ini saya tidak akan sms lagi. Saya tidak mahu mengganggu Mira belajar. Tidak sms bukan bererti saya lupakan Mira. Semoga kita akan bertemu juga satu hari nanti. Salam'


P/S : Apa akan jadi dengan hubungan mereka ini ya? Apa pendapat kamu tentang karekter mereka berdua ini? Sengaja saya tidak dedahkan konflik yang berat-berat di sini kerana ianya hanyalah sedutan cerita dari keseluruhannya.





Alhamdulillah rezeki Dell minggu ini. Seseorang yang merupakan sahabat baik Dell memberi cenderamata dari India dan Filipina. Sahabat Dell ini selalu merantau ke negara orang. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin...

Semalam ketika Dell dalam perjalanan hendak ke rumah sahabat baik Dell di Nilai, Dell singgah di gerai Cendol Bakar Dengkil. Hari pula terlalu panas. kiranya memang waktu yang sesuai Dell singgah. Gerai ni baru dibuka di sini. Cendol Bakar ni popular di Kuala Selangor sehinggalah terpilih masuk di dalam program JJCM TV3. Banyak pilihan cendol yang dijual di sini.

Dell memilih Cendol VIP. Harganya RM2 tetapi kiranya puaslah makan. Rasanya manis dan cukup bahan yang diletakkan di dalamnya. Dell suka kerana cendolnya halus dan mereka guna kacang merah bukan kacang panggang. Cendol dengan kacang merah memang kegemaran Dell. 

Cubalah makan cendol di sini, memang berbaloi!


Pada hari Jumaat minggu hadapan (31 Mei 2013) ini, Dell akan menghadiri Bengkel Tesis Cepat Siap dan Mendeley yang akan diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Mujur ada sahabat beritahu Dell tentang bengkel ini. Nyaris-nyaris terlepas. Apabila Dell membaca tentatif yang akan diadakan, Dell agak tertarik dengan Mendeley. Dell tak pernah dengar perkataan ini. Lalu Dell mencari maklumat di internet dan barulah faham sedikit tentang penggunaannya itu. 

Dell harap Mendeley ni dapat membantu Dell dalam mencari rujukan secara online di internet dengan lebih cepat dan tepat. Tak sabar rasanya untuk menimba ilmu pengetahuan yang baru. Woha!


Dell sudah membuang mereka-mereka yang negatif dalam hidup Dell. Buat apa kita hendak bersama dengan mereka yang ada penyakit 'hati' ni? Lama-lama, kita yang sakit hati. Jangan sesekali berasa menyesal dan sedih meninggalkan parasit ini dalam hidup kita. Jika kita berada di jalan yang benar, insyaAllah Tuhan akan memberi kita mereka-mereka yang lebih baik dan jujur. Malahan, peluang kita untuk berjaya akan terbuka lebih luas tanpa disangka-sangka walaupun ada halangannya. Ingat, doa insan yang teraniaya ni dimakbulkan Tuhan tanpa hijab. Maka, kita haruslah menggunakan peluang yang ada dan bertawakal setelah berusaha.

Semalam, Dell menerima sms daripada seseorang yang ingin bertemu dengan Dell setelah dua tahun tidak bertemu. Dell menolak dengan cara baik. Dell memang belum bersedia untuk bertemu dengannya atas alasan-alasan tertentu. Biarpun apa yang berlaku sudah berusia dua tahun, tapi parutnya tetap ada. Lagipun, dia dan gengnya pun pernah memperkecilkan Dell dulu. Cukuplah perbuatan mereka itu.

Sekarang ini, Dell hanya fikir tentang masa depan Dell terutama PhD Dell. Lagipun, ada banyak perancangan Dell untuk masa depan. Usaha tangga kejayaan. Jangan biarkan parasit seperti ini membunuh kita dalam diam. Anggap sahaja mereka itu pencetus motivasi kita agar lebih berjaya. 

Ingat rezeki kita terletak pada Allah, bukan di tangan mereka. Jika kita berterusan meratap perbuatan mereka, kita tidak akan ke mana-mana malah turut membuang masa. Percayalah cakap kak Ton... Eh, silap! Percayalah cakap Dell ini. Hehehe... Chaiyok!


Keluarga C

"Teacher tunggu kejap ya, Fatin nak ambil hadiah"

"Ok" kataku sambil tertanya-tanya dalam hati, 'hadiah apa ya?'

"Selamat Hari Guru, Teacher!" Katanya tersengih-sengih sambil memberi Dell hadiah dan sekeping kas buatan sendiri.

Dell terkejut dan terharu. Tak sangka Fatin nak beri hadiah. Yalah, bukan senang Dell nak melayan kerenah dia yang pelbagai tu. Sesiapa yang mengikuti kisahnya sejak dari awal mesti faham. Hehehe. Nyaris-nyarislah Dell nak merajuk. Sejak kejadian itu, Fatin berubah dan mula belajar.


Keluarga B

Ketika Dell memulakan sesi pengajaran, Dell berasa pelik. Kenapa si Han dan Sha berbisik-bisik? Tiba-tiba, si Fir terus bersuara, "Selamat Hari Guru, cikgu!"

Kedengaran si Han dan Sha mengeluh dan berkata, "La, Fir dengar ke Han bisik tadi?"

"Dengar... Berbisik tapi cakap kuat-kuat, memanglah dengar." Kata Fir. 

Dell senyum je.

Rupa-rupanya si kecil, Han nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada Dell tetapi segan lalu berbisik dengan abangnya, Sha dengan harapan menyampaikan hasratnya tu. Kelakar bila diingatkan telatah mereka ni. Macam-macam.


NOTA :
Tahun ini Dell merasa dapat hadiah sempena Hari Guru. Tak sangka, jadi guru tuisyen pun dapat hadiah. Terharu rasanya.




Hampir tiga bulan, urat di pinggang sebelah kiri Dell berasa sakit. Bila ditekan terasa urat tu bengkak. Mungkin kerana terlalu asyik mengadap komputer siang dan malam menyebabkan darah tidak berjalan dengan betul. Sudah beberapa kali diurut tapi opah (mak angkat pakar urut tradisional) kata bukan masalah urat ni mungkin berkaitan dengan buah pinggang. 

Jadi Dell merujuk dengan keluarga angkat yang lain yang pandai perubatan tradisional dan islamik ini. Kakak kata ada batu karang tapi masih kecil. Sebulan selepas itu, baru Dell bawa bahan-bahan seperti yang diminta. Malas Dell nak merujuk klinik sebab Dell mengakui sangat kurang minum air putih. Dah 31 tahun hidup, kali ini baru nak cuci buah pinggang. Sebelum ni, tak beringat asyik bedal segala makanan dan minuman.

Dell diminta minum air kelapa muda yang dicampur sedikit tawas dan dua biji telur ayam kampung setelah dibaca beberapa surah Al-Quran seperti Al-Fatihah, 3 Qul serta beberapa zikir. Terkulat-kulat Dell menghabiskan minuman itu di depan mereka. Rasanya, masya-Allah. Dua hari berturut-turut selepas itu, Dell perlu minum air lobak putih pula. Dell minum dengan menutup hidung dan menelannya cepat-cepat. Sebelah Dell, sudah tersedia secawan kopi untuk menghilangkan rasa air lobak putih tu. Huh.

Selama dua hari badan Dell rasa lemah selepas berubat. Dell banyak tidur dan berehat. Badan berpeluh dengan banyak. Itu belum lagi Dell asyik ke tandas membuang air kecil. Kadang-kala, ada juga terasa pedih ketika buang air kecil tu. Angin pun banyak keluar dari badan. Alhamdulillah, hari ini pinggang Dell dah tak rasa sakit. Bila ditekan urat tu dah tak rasa bengkak seperti sebelum ni.

Dell dinasihatkan minum air Misai Kucing untuk cuci buah pinggang dalam masa sebulan ni. Mujur ada teh Misai Kucing Cosway. Senang beli melalui kawan. Apa-apa pun, Dell terasa lega kerana semuanya dipermudahkan.

Jom Sertai kami!!

Rebutlah peluang perniagaan dengan modal yang sangat rendah berkonsep FARMASI dan barangan serbaneka dengan mendaftar sebagai Pemilik Perniagaan (Bussiness Owner-BO). Melalui peluang perniagaan ini anda boleh mendapat faedah melalui 2 aspek:

1)Franchisee: Mendaftar sebagai Pengendali Stor / Stokist
2)Franchisor: Memperkenalkan kepada mereka yang berminat untuk mengendalikan Stor/Stokis

Anda boleh memilih untuk menjadi salah satu daripadanya atau anda ingin melakukan kedua-duanya sekali.

DENGAN MODAL YANG SANGAT RENDAH !! Anda akan berpeluang untuk memiliki jaringan bisness sendiri!!

TIADA risiko
TIADA kos pengubahsuaian kedai
TIADA bayaran sewa bulanan
TIADA kos bil elektrik
TIADA kos promosi
TIADA Persaingan


RISIKO anda???? Mungkin 0%!!! Malah INCOME BULANAN anda akan berlipat kali ganda dari gaji anda sekarang!!!

Jadi apa tunggu lagi!!  Hubungi 013-3447310 sekiranya berminat!!






Dell bersyukur kerana telah jumpa seorang rakan yang cenderung dalam bidang penulisan. Perkenalan secara tidak langsung melalui blog, telah memberi peluang kepada Dell untuk mengikutnya pergi ke sesi bersama penulis serta bengkel penulisan. Dell suka dengan cara pemikiran beliau dalam bidang penulisan walaupun beliau dari bidang pertanian (kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat master). Beliau boleh menulis kreatif dan ilmiah malah terjemahan artikel. 

Walaupun, rakan Dell ini bukan dari bidang sastera mahupun bahasa tetapi beliau berterusan mencari ilmu untuk bidang penulisan. Malah penulisan beliau lebih baik berbanding mereka yang berada dalam bidang bahasa dan sastera. Sekurang-kurangnya, Dell sudah berjumpa rakan yang boleh berkongsi idea walaupun dari bidang yang berlainan daripada Dell. 

Serik rasanya apabila diperli oleh mereka dari bidang sastera itu sendiri kerana Dell tidak pernah belajar penulisan kreatif. Nampaknya Dell bertanya ilmu kepada orang yang salah. Itulah sebenarnya kejahilan mereka yang tidak dapat bezakan antara bidang linguistik dan bidang sastera. Tidak dinafikan ianya berkait dengan bahasa, tetapi Dell tidak belajar penulisan kreatif. Dell belajar tentang semantik, psikolinguistik, sosiolinguistik, tatabahasa, perkamusan dan lain-lain yang berkaitan. Manakala, minor Dell pula adalah bidang komunikasi. Latar belakang Dell ketika sekolah menengah adalah aliran sains tulen.

Benar Dell mendapat sokongan dan galakan daripada penulis-penulis seperti Dr. Kamariah Kamarudin,  Dr. Lim Swee Tin, Dato' Kemala, pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat karib dan ahli keluarga malah supervisor tetapi untuk mendapatkan momentum tu bukan mudah. Sementelah, Dell terasa ilmu Dell sangat cetek.

Dell bermula menjadi seorang editor sambilan atas cadangan seorang pensyarah dan Dell berjaya menjadi seorang editor untuk sebuah buku motivasi agama iaitu 'Jom Hidupkan Roh Haji' terbitan KarnaDya pada tahun 2009. Waktu itu, Dell mengisi waktu terluang sementara menyiapkan projek Master ketika itu. Dell ada juga mencuba nasib menghantar puisi kepada Dato' Kemala pada tahun 2011 dan alhamdulillah salah satu puisi terpilih untuk diterbitkan dalam buku beliau bertajuk 'Mencari Cinta Haqiqi' pada tahun 2012.

Cita-cita Dell untuk menulis rencana, penulisan kreatif dan penulisan ilmiah tidak padam. Cuma ketika berperang dengan PhD ni, Dell berasa sangat tepu dengan penulisan tesis dan penyelidikan sehingga merasakan masa yang ada terlalu singkat untuk menulis bahan yang lain. Namun, Dell akan cuba juga luangkan masa.

Mudah-mudahan semuanya berjalan seperti yang Dell rancang. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin...


NOTA :
Dell tidak akan lupa kata-kata sindiran dan perli itu sehingga nafas terakhir. Itulah pencetus semangat untuk Dell lebih berjaya. Mungkin kamu boleh lupa dengan kata-kata kamu dan berwatakan seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi tidak bagi diri ini. Jangan salahkan diri ini dingin dengan kamu malah malas untuk bertemu.



Baru saat ini, Dell mempunyai kekuatan untuk mencatat diari 'musafir seorang pelajar' ini. Mood Dell secara drastik telah menurun secara mendadak selepas membentangkan proposal tesis di dalam seminar tesis pada hari Sabtu lepas. Teguran daripada seorang penilai yang telah menakutkan Dell dengan menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan perbentangan Dell dan mahu Dell bentang semula pada semester hadapan merupakan tamparan hebat bagi Dell.

Dell tidak pasti sama ada beliau hanya bergurau ataupun bersungguh-sungguh dengan kata-katanya. Manakala, penilai lain hanya tersenyum dan tersengih. Dell keliru kerana apa yang Dell bentangkan sudah disemak oleh supervisor dan segala-galanya sudah dibincangkan bersama. Dell tidak syok sendiri membentangkan proposal itu. 

Dell tidak kisah dengan komen-komen mereka kerana ianya dapat memberi sedikit penambahbaikan dalam penyelidikan Dell, Dell cuma risau jika Dell kena bentang semula proposal pada semester depan, sedangkan Dell bercadang untuk CE selepas raya puasa ini.

Perkara ini benar-benar menggusarkan hati Dell... sampai demam Dell dibuatnya. Itu belum lagi termimpi-mimpi seminar itu. Oh, sukarnya menjadi seorang pelajar PhD!

Dell cuba mengubati hati Dell dengan membaca buku 'PhD kecil tapi signifikan' tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Apa yang terkandung di dalam buku itu, itulah yang dihadapi oleh Dell kini. Dell tak berputus asa cuma semangat turun sedikit kerana gusar.

NOTA :
  1. Terasa lega kerana kebetulan ada seorang sahabat karib ingin berjumpa dan meluangkan masa bersama Dell disebabkan beliau sedang cuti rehat, hari Isnin lepas.
  2. Asyik menonton saluran Animal Planet 556 untuk menghilangkan rasa gusar di hati.


Bahang PRU13 masih tidak reda nampaknya kerana Dell masih melihat status-status berbaur politik yang masih berterusan terpampang di dinding FB Dell. Dell sedaya-upaya tidak menyentuh isu tersebut kerana tidak mahu perdebatan yang berterusan yang mungkin akan menyebabkan Dell turut fanatik dan stres disebabkan hal ini. Biasalah masing-masing akan cuba mempertahankan pendapat masing-masing. 

Jadi, setiap kali jari Dell terarah untuk menekan komen atau berkongsi maklumat... cepat-cepat Dell istighfar dan beringat kerana Allah yang Maha Mengetahui. Dibuatnya Dell sendiri tersalah maklumat kang tak pasal-pasal dapat dosa kering. Sebab Dell sedar ilmu Dell pun tidak seberapa. Sedangkan menulis sorotan kajian untuk tesis pun selalu ditegur kerana tersasar sedikit dari objektif oleh supervisor (sedangkan Dell rasa ianya tepat) apatah lagi sumber rujukan yang kita tidak pasti kesahihannya tentang perdebatan itu. Pada pendapat Dell, elok Dell perbaiki dan meningkatkan diri sendiri dahulu sehingga berjaya mencapai impian yang didambakan. 


Kini, Dell menumpukan perhatian terhadap seminar perbentangan tesis pada 18 Mei 2013 ni. Sedaya-upaya memahami teori yang telah dipilih untuk tesis. Itu belum lagi daya kreativiti yang diperlukan dalam membina sebuah perisian yang interaktif. Ianya memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Maklumlah, ianya melibatkan tenaga, masa dan kos yang banyak. 


NOTA :
Dell sentiasa takut hendak berbuat sesuatu yang bukan-bukan kerana takut Allah tarik nikmat dan rezeki yang diberikan kepada Dell sekelip mata sebagai balasan. 
Sedar tak sedar, keretaku sudah berusia lebih tujuh tahun berkhidmat untukku. Masa yang berlalu terlalu cepat menyebabkan Dell nyaris-nyaris terlupa untuk periksa balancing dan alignment setelah menukar kesemua tayar pada awal tahun lepas. Mujur teringat lalu Dell hantar kereta untuk balancing dan alignment ketika Dell balik ke kampung hujung minggu lepas untuk membuang undi. 

Nasib baik Dell cepat menghantar kereta untuk alignment dan balancing tayar tu sebab tayar di bahagian depan sudah 'makan' ke dalam sedikit. Kalau lambat, mesti tayar rosak. Chamber pun dah patut kena tukar. 

Memang Dell suka servis kereta di kampung halaman. Senang sebab dekat dengan rumah. Setelah Dell servis kereta, periksa bahagian enjin, buat alignment dan balancing tayar... Dell terasa lega. Yalah, takut jadi kerosakan major pula nanti jika diremehkan penjagaan kereta comelku itu. Habis belajar, selesailah hutang kereta tu.

:: Hati membuak-buak untuk tukar cat kereta. Sabarlah wahai hati....
Akhirnya pada tahun 2013, Dell selamat menunaikan kewajiban sebagai pengundi untuk kali pertama. Dulu, Dell tak kisah langsung tentang hal ini walaupun sudah daftar lama dah. Mungkin faktor usia yang semakin matang menyebabkan Dell terasa sangat bertanggungjawab untuk mengundi. Sementelah keadaan politik negara yang semakin tidak stabil sejak kes bekas timbalan TPM ketika itu.


Dell kena buang undi di kampung halaman mengikut alamat di dalan kad pengenalan. Pada 5 Mei 2013, Dell mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Melayu untuk Dun Mahkota. Dell pergi mengundi selepas solat Zohor kerana pada waktu pagi terlalu ramai orang. Rezeki Dell, kali pertama mengundi beratur panjang tetapi duduk. Hujan pula renyai-renyai, jadi cuaca sejuk, tak panas seperti waktu pagi.

Rasa kurang selesa juga kerana jari dicalit dengan dakwat sebab mengotorkan benda yang dipegang kerana terlupa dakwat belum kering. Penggunaan dakwat ini cadangan parti pembangkang waktu dulu kerana tidak percaya dengan kiraan undi.


Jari Dell selepas dua hari. Dakwat masih tak hilang. Mungkin kerana kulit Dell jenis kering, susah untuk dihilangkan kesan dakwat. Dell tak boleh guna peluntur atau sabun pencuci pakaian kerana alergi. 

Apa-apa pun, Dell sudah berjaya menjalankan tanggungjawab walaupun sibuk dengan urusan sendiri.


Bulan April merupakan bulan yang paling padat untuk Dell. Namun alhamdulillah, disebalik kepadatan masa itu Dell berjaya menyelesaikan beberapa perkara. Terasa letih sedikit tetapi berbaloi. Sekurang-kurangnya masa Dell terisi dengan kerja yang berfaedah, maklumlah semester ini Dell tiada kelas.

Dalam kesibukan Dell menghadiri bengkel, mesyuarat dan tugas di tempat lain, Dell perlu menyiapkan abstrak tesis untuk perbentangan seminar tesis pada 18 Mei 2013 nanti. Alhamdulillah, abstrak tersebut telah dihantar dan selamat diterima oleh staf Seksyen Siswazah dan Antarabangsa fakulti pada dua minggu lepas. Jadual pun sudah diterima beberapa hari lepas.

Cuti 1 Mei 2013, Dell gunakan untuk menyiapkan slide untuk perbentangan dalam seminar tersebut. Petang tadi, Dell sudah serahkan kepada supervisor untuk menyemaknya. Beliau kata dah ok dah cuma perlu buat penambahan sedikit. Terasa lega kerana sorotan kajian Dell itu diterima. Beliau terkejut Dell sudah siapkan slide kerana beliau belum meminta. Sudah menjadi kebiasaan Dell menyerahkan tugas sebelum diminta. Beliau telah menyerahkan beberapa teori untuk Dell memahami konsep untuk tesis Dell. Dell akan gunakan cuti mengundi di kampung nanti untuk membaca nota teori yang telah diserahkan tadi.

Beliau juga meminta Dell buat CE sebelum bulan September 2013. Jadi Dell kena pastikan ketiga-tiga bab tesis selesai lebih awal. Semoga Allah permudahkan segalanya... Amin...

Sudah lama Dell mencari buku ini kerana ingin mengetahui kisah Mustafa Kamal Ataturk. Tambahan pula, kisah ini ditulis oleh penulis terkenal iaitu Abdul Latip Talib. Dell ingin mengetahui bagaimana kisahnya digarap dalam bentuk novel. Sebelum ini, Dell pernah membaca mengenai kisah Mustafa ini dalam artikel di internet sahaja. 

NOTA :
Tak sangka anak murid Dell memiliki novel ini. Banyak kali cari di kedai buku, malangnya tidak jumpa. Rezeki... akhirnya dapat Dell pinjam dan baca. 


Hari Isnin lepas, selepas bertugas di Inti University seperti biasa Dell terus ke rumah Fatini untuk kelas tuisyen. Ikutkan Dell memang teringin hendak singgah di restoren mamak berdekatan rumahnya untuk minum milo ais tetapi dek kerana Dell terasa penat, Dell batalkan niat tu. Dell sampai di rumahnya agak awal setengah jam sebelum pukul 8.00 malam. Dell terus minta izin untuk solat maghrib. Kebiasaannya Dell sampai di rumahnya 10 minit sebelum pukul 8.00 malam untuk solat maghrib. Ini kerana Dell keluar dari rumah sebelum pukul 7.00 petang untuk elakkan kesesakkan lalu lintas ke rumahnya. 

Selesai sahaja Dell mengambil air sembahyang, tiba-tiba Fatini bertanya kepada Dell... "Teacher nak air milo, tak? Fatini dah pandai buat milo."

Dell terkejut dengan pelawaan itu terus Dell kata, "Boleh juga."

"Teacher nak milo panas ke milo ais?"

"Buatkan cikgu milo aislah."

"Ok. Teacher solatlah dulu, Fatini buat air."

Kedengaran bunyi Fatini membancuh air milo di dapur. Tiada orang di bawah ketika itu kerana keluarganya bersembahyang jemaah di tingkat atas.

Selepas solat, terus Fatini pelawa minum air milo ais yang dibancuh olehnya. Sekali hirup, Dell terus terkejut kerana sangat sedap dan kena dengan citarasa Dell. Terharu rasanya. Tak sangka dia pandai buat milo ais. Tambahan pula secara kebetulan Dell benar-benar teringin nak minum milo ais ketika itu.

Sejuk hati Dell... Huhu....


Selepas Bengkel GMJ-ME minggu lepas, mereka ada bercerita tentang X-box. Dell tak pernah main permainan ini. Jadi, Dell tak dapat bayangkan bagaimana bentuknya. Maka, Dell dipelawa untuk mencuba permainan ini pada Ahad lepas selepas sesi kelas tuisyen tamat. 
Oh, begini rupa-rupanya sensor permainan ini! Kita hanya perlu menggerakkan tangan sahaja untuk bermain tanpa perlu memegang apa-apa peralatan. Jakun sekejap. Hehehe. Terasa macam nak je memiliki sebuah. Sabar... Sabar...
Dell bermain sekejap dengan anak-anak murid Dell ni. Kami memilih permainan Bowling. Berpeluh juga badan walaupun hanya setengah jam bermain. Memang seronok dan bagus untuk mengeluarkan peluh. Tak seperti permainan video yang lain yang hanya menggunakan tangan semata-mata. 

P/S : Kalau sebut main, bersemangat semuanya! Hish!
Pada 27 April 2013 (Sabtu) merupakan hari yang bersejarah bagi Dell. Semua yang berlaku tanpa dirancang. Sebenarnya, Dell tidak merancang akan ke PWTC pada hari tersebut. Dan kebetulan juga rakan blogger Dell lambat sampai di tempat yang dijanjikan iaitu di LRT Sg. Besi atas sebab-sebab tertentu.
Ketika menunggu rakan itulah Dell bertemu dengan kucing yang malang ini. Kucing ini datang menghampiri Dell. Kelihatan ramai orang yang lalu lalang di situ menjauhi kucing tersebut kerana dek penyakit matanya itu. Dell berasa kasihan dengan kucing itu. Lantas, Dell membeli sebungkus roti dengan harapan dapat memberinya sedikit makanan.

Cebisan roti yang Dell beri untuknya tidak disentuh langsung. Kelihatan kucing tersebut hanya hendakkan sedikit belaian, bukan makanan. Kucing tersebut hanya mendekatkan diri kepada sesiapa dan baring berhampiran tetapi tidak menggeselkan badannya kepada sesiapa. Mungkin dia sedar yang dirinya itu kotor dan manusia tidak suka akannya. Dell tergerak hati untuk menghubungi Papa Hero (PH). Sudah menjadi rezekinya kerana secara kebetulan PH sekeluarga berada di Klinik Veterinar, Equine Park untuk sesi penggambaran Hero.

Risau melihatkan keadaan dirinya itu kemungkinan disakiti oleh sesiapa yang tidak menyukai kucing jalanan, Dell panggil kucing tersebut, mengusap kepalanya dan dia terus baring di tengah-tengah kaki Dell (Dell menghalang sesiapa melanggar kucing itu dengan menghadangnya dengan kaki Dell). Kelihatan kucing itu tidur dengan lena, mungkin kerana dia berasa selamat. Berdebar-debar hati Dell menunggu kehadiran PH dengan harapan kucing ini selamat berada di tangan orang yang amanah. Dell buat tak tahu sahaja walaupun ada yang memandang Dell dengan wajah yang pelik.

Bersama PH sekeluarga. Tak sangka MH (isteri PH) mengenali Dell ketika kali pertama bertemu. Terkejut dia menyebut nama penuh Dell waktu itu. Maklumlah, Dell jarang komen di fb Kakimotong tu.

Inilah keadaan mata si kucing tersebut. Jika ada sesiapa yang sudi memberi sedikit sumbangan, bolehlah pergi ke laman fb Kakimotong Fan Club.

P/S : Semalam selepas bertugas di Inti University, Dell sempat melawat kucing ini. Dia sudah selamat dibedah matanya. Matanya sudah tidak boleh diselamatkan. Waktu Dell melawatnya, kucing ini masih tidak sedar sepenuhnya dan InsyaAllah, Dell akan melawatnya sekali lagi pada Jumaat ini. Sekurang-kurangnya, kucing ini tidak berterusan sengsara di jalanan di akhir hayatnya....

NOTA TERKINI : Papa Hero telah mengemaskini blog Kakimotong berkenaan kisah si SB ini. Ceritanya boleh dibaca di Kisah pilu si SB kucing jalanan.
Pada hari Sabtu lepas iaitu 27 April 2013, Dell berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa bersama seorang rakan blogger. Dell tidak sangka berpeluang datang ke sini kerana kebetulan jadual Dell pada bulan ini terlalu padat. Dell tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Forum Menjadi Penulis Sepenuh Masa anjuran Kota Buku.
Forum tersebut diadakan di Bilik Sarawak, PWTC. Tempat forum berubah atas sebab-sebab tertentu. Ketika Dell dan rakan blogger memasuki ke dalam bilik tersebut, kami agak terkejut kerana bilangan hadirin yang sedikit tidak seperti di bilik sebelah. Rupa-rupanya, di sebelah ada sesi bertemu peminat bersama Adi Putra.

En. Zamri Mohamad

Bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi dan En. Ramlee Awang Murshid. 

Dell rasa bertuah dapat menghadiri forum ini kerana banyak ilmu yang Dell dapat di sini. Dell sangat suka dengan kupasan En. Ramlee. Beliau banyak menekankan tentang keberkatan dalam rezeki dan kurniaan ilham oleh Allah melalui kerendahan hati dan doa yang berterusan kepada-Nya. Dell sempat mendapatkan dua buah novel karya beliau untuk melihat cara penulisannya yang berbeza dengan penulis novel yang lain.

YM Raja Ahmad Aminullah

Selepas solat Asar, Dell terasa sangat lapar. Jadi Dell dan rakan blogger pekena Nasi Ayam di gerai yang disediakan di situ. Nak dijadikan cerita, kebanyakan meja penuh hanya meja ini yang ada kekosongan. Maka, Dell meminta izin makan di situ daripada seseorang. Wajahnya seperti Dell pernah lihat di kaca televisyen, tapi Dell lupa siapakah gerangannya. Orangnya sangat peramah, simple dan bersahaja. Sehinggalah Dell dapat tahu bahawa beliau ialah YM Raja Ahmad Aminullah. 

Ini sahaja buku yang sempat Dell beli untuk menghabiskan baucer RM50 yang terakhir. Dell tak sempat untuk melawat kesemua booth yang ada terutama di bahagian buku antarabangsa. Kami berdua pulang dari pesta ini dalam pukul 9.00 malam.