Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Tulis Tesis

Permulaan Ramadan yang sangat mendamaikan hati Dell.

Semalam, diberikan Allah titik keluar bagi masalah penulisan tesis Dell setelah berjumpa dengan salah seorang jawatankuasa tesis.

Alhamdulillah...

Penulisan tesis tersebut lama tertangguh. Sv pencen. Tukar sv.

Hampir-hampir berputus asa kerana banyak perubahan perlu dilakukan kerana penulisan tesis tersebut tidak melambangkan Dell siswazah bahasa tetapi siswazah dalam bidang pengkomputeran.

Inilah liku-liku dan jerit payah dalam mengejar ilmu.

Setiap siswazah ada cerita perjuangannya yang tersendiri. Perjuangan yang sangat berat. Perlu kuat dari segi fizikal, mental dan spiritual.

Itu belum termasuk pengorbanan dari segi tenaga, wang ringgit, masa dan lain-lain. Tidak semudah yang disangka jika hanya melihat dengan mata kasar.

Kekuatan untuk menghadapi cabaran sebegini, bukan boleh dibuat-buat. Jika tidak kuat, ramai yang terkandas.

Jadi sebelum bertanya kepada mereka, "Hai, tak habis-habis lagi belajar? Lamanya."

Fikir baik-baik.

Bayangkan jika kami pula bertanya kepada penyoal itu sebegini, "Hai, tak akan belajar setakat itu sahaja? Tak nak sambung ke?"

Amacam? Apa jawapannya?

Persoalan-persoalan menyindir seperti itu tidak seharusnya ada. Yang perlu ada ialah fikirkan solusi yang sesuai untuk membantu siswazah-siswazah ini.

Sokong mereka. Sekurang-kurangnya, mereka berkeinginan menuntut ilmu. Sedangkan mereka ada pilihan untuk tidak berbuat demikian.

Sekali lagi, fikir-fikirkanlah.
Produk Kecantikan Yashfien Fantastic yang diasaskan oleh Ybhg. Dato' Dr. Hj. Ansaruddin Agus (Pak Engku).


Ada yang bertanya kepada Dell, "La ni ko pakai produk apa? Kulit ko dah tak kering macam dulu."

Kalau nak tahu, inilah produk kecantikan yang Dell pakai. Jenama Yashfien Fantastic. Dell menggunakan produk ini hampir setahun lebih sejak mengenali Pak Engku untuk penulisan buku ketiga beliau. 

Produk ini diasaskan oleh Ybhg. Dato' Dr. Hj. Ansaruddin Agus atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Engku melalui pengalaman beliau mendalami ilmu perubatan herba.

Terdapat empat jenis produk untuk jenama Yashfien Fantastic ini.


Mereka yang rapat dengan Dell, sudah pasti mengetahui yang Dell ada alergik kulit iaitu ekzema. Penat tau asyik pi klinik untuk ambil krim yang disyorkan. Sejak sekolah. Bertukar-tukar ubat.

Tapi ekzemanya, tak pulih-pulih. Malah, ada yang menjadi rengsa atau luka. Gatal dan pedih, usahlah ditanya. Itu belum Dell selalu sembunyikan ekzema tersebut sebab terasa malu dilihat orang.

Sekarang ini alhamdulillah, ekzema Dell semakin pulih. Dell sangat rekomen. 

Nak tahu kelebihan-kelebihan setiap produk ini? Meh, tengok gambar-gambar di bawah ini.


Body Mist Yashfien Fantastic.

Penggunaannya mudah sahaja, spray sahaja di tempat-tempat yang sakit. InsyaAllah, pulih. Produk ini antara yang laku keras. Sewaktu artikel ini ditulis, produk ini sudah kehabisan stok. Dell turut menunggu stok baru sampai.

Cleanser Yashfien Fantastic.

Cleanser ini bukan sahaja boleh digunakan di bahagian muka, tetapi satu badan boleh guna. Tiada masalah. Baunya wangi dan tidak mengeringkan kulit.

Moisturizer Yashfien Fantastic.

Setelah memakai moisturizer ini di kulit muka, kita akan merasakan kulit muka bertambah lembut dan halus. Kulit muka Dell memang kering. Alhamdulillah... setelah pakai produk ini, kulit muka Dell sudah tidak kering lagi.

Night Cream Yashfien Fantastic.

Inilah krim yang Dell guna untuk merawat alergik kulit yang Dell hadapi sejak kecil. Selepas guna cleanser, Dell akan spray dulu di tempat ekzema tadi kemudian barulah Dell letak krim ini. Dalam sebulan, ekzema tersebut pulih sepenuhnya. Dell rasa gembira sangat-sangat.

Untuk jemaah haji dan umrah.

Produk ini sangat mudah digunakan. Boleh dibawa ke mana-mana. Dan semua golongan, boleh guna. Di mana hendak mendapatkan produk ini? Boleh sahaja hubungi Dell untuk maklumat lanjut, melalui:

Facebook:

Instagram:

Telegram/whatsapp:
012-2536918