Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Ramai kenalan Dell mengetahui yang Dell suka minum susu kambing. Selalu jugalah Dell minum susu kambing pelbagai perisa dari pelbagai jenama. Sebelum ini, Dell pernah lihat susu kambing jenama ellVita tetapi Dell tidak membelinya kerana waktu itu, susu kambing ini berbentuk pouch pack. Dell memang malas nak bancuh ikut scoop ni. Bukan apa, Dell lebih suka beli minuman berbentuk sachet pack. Mudah untuk bawa ke mana-mana. Lagi satu, mudah disimpan.

Lagi satu, Dell sangat cerewet juga dalam memilih minuman. Tambah-tambah ia berbentuk tenusu. Kalau tak kena gaya, susah Dell nak minum. Jadi Dell lihat beberapa testimoni berkaitan dengan produk ini terlebih dahulu untuk mengetahui feedback pengguna. Testimoni ini boleh dilihat di sini bit.ly/isihattestimoni

Bukan itu sahaja, Dell turut membuat survey kandungan yang terdapat di dalam susu kambing ini:



ellVita Susu Kambing Orgalac
    • ASLI tanpa gula tambahan, organik, tanpa bau hamis, lemak berkrim. 
    • Mengandungi nutrien² & zat seperti Kalsium, Omega 3,6,9 & Vitamin A,B,C.



ellVita Susu Kambing Vachoc 10 Plus


    • Terbaik untuk Kanak - kanak membesar.
    • Berperisa Coklat yang lazat.
    • Vachoc Plus 10 mengandungi 10 jenis ekstrek yang naik untuk minda, antaranya: Buah Zaitun, Buah Tiin, Buah Delima, Kurma, Kismis, Badam, Manna, Saffron, Habbatus Sauda dan Ginkgo Biloba.



 ellVita Premium Berry 15 Dalam 1
    • Mengandungi 15 Ekstrek Aktif yang terdiri daripada: Applephenon, Ekstrak Bunga Sakura, AstaxanthinCollagen, Buah Strawberi, Buah Berry, Badam, Kismis, Habbatus Sauda, Buah Tiin, Delima, Saffron, Kurma, Madu dan Susu Kambing.
    • Setiap satu Ekstrek ini mengandungi khasiat dan kelebihan tersendiri, Contohnya:
        • Memutihkan Kulit, Menegangkan dan menganjalkan kulit serta mengurangkan kedutan.
        • Mengurangkan Pigmentasi, Bintik Hitam dan Kulit Kusam disamping mengekalkan Awet Muda.

Setelah membuat perisikan, akhirnya susu kambing organik yang diimport dari Netherland dan diproses di Malaysia berperisa coklat ini menjadi pilihan. Rezeki Dell dapat satu sample untuk perisa Susu Kambing Orgalac dan Premium Berry. Alhamdulillah, tiada bau hamis langsung. Rasanya pun light-light sahaja. Mudah dibancuh tetapi jangan guna air yang terlalu mendidih, nanti khasiatnya hilang. Jika ada shaker, boleh bancuh dengan air sejuk. 


Dell suka minum susu kambing sebagai tenaga tambahan. Tambah-tambah dengan pekerjaan Dell sebagai Pengurus Penerbitan, sentiasa bergelombang dengan manuskrip setiap hari. Jangan kata meneliti manuskrip yang mempunyai ribuan patah perkataan itu, tidak memerlukan tenaga yang banyak. Letih otak wooo...

Di sini, Dell sertakan maklumat bagi sesiapa yang berminat dengan produk susu kambing ini. Kita boleh klik pada link yang tertera di bawah ini untuk sebarang informasi ataupun order.


WEBSITE
www.ellvita.com

FACEBOOK
EllVita Susu Kambing HQ

INSTAGRAM
ellvita_susukambing_official

CARELINE
📞 019 - 2020911